APA ITU SENI

Perjalanan dalam kehidupan sememangnya terlalu abstrak utk divisualkan. Perjalanan seseorang pengkarya seni sememangnya memerlukan suatu titik permulaan yang amat perit dalam menjangkawi perjalanan seterusnya bagi menerobos kehidupan seterusnya. Kekadang sesuatu perjalanan itu terkandas disebabkan oleh faktor persekitaran yang membantutkan perjalanan seorang pengkarya atas dasar sensitiviti atau kesan impak dalaman. Seorang pengkarya itu seharusnya tertanam suatu sifat sensitiviti terhadap persekitaran sama ada menerusi pengamatan, ataupun pendengaran. Kesan daripada itu maka wujud suatu karya puitis yang halus terhasil daripada sentuhan seorang pengkarya berdasarkan daripada pengalamannya.

Hasil sesuatu karya itu sememangnya terlalu abstrak. Walaupun imej atau gambaran yang dipertontonkan itu adalah sesuatu yang amat realistik. Abstrak itu wujud berdasarkan dari sudut interpetasi sesebuah karya tersebut. Satu imej seesebuah karya memberikan satu ribu satu makna bagi setiap seseorang pengamat karya.

Bagaimana harus kita menilai sesebuah karya itu?